Kemampuan Kamera digital

Soalan:

"khairul D' Punisher" designer_mania@hotmail.com Sat, 27 Dec 2003 00:38:39 +0800

assalammualaikum..

soalan 1
saya ingin bertanya jenama (kamera digital) apakah yang paling banyak 
digunakan? mengikut jenama² yang ada sekarang..

soalan 2
bagaimanakah cara terbaik untuk kita menjaga kamera digital ini dari 
rosak atau  setelah sekian lama tidak menggunakannya?

soalan 3
mampukah kamera digital ini mencabar dominasi kamera konvensional?
patutkah kamera konvensional ini dilupakan walaupun dulu ianya pernah 
digunakan..

khairul

Jawapan:

Jenama di pasaran cukup banyak. Nikon, Canon, Sony (yang dulu cuma mengeluarkan kamera vedio ), Olympus, Sigma. Semua kamera ini 90% dikeluarkan dalam bentuk Compact Camera. Cuma ada beberapa jenama seperti Nikon, Sigma, Olympus, Canon yang berani mengeluarkan untuk jenis SLR. Harga? Masyaallah……. RM 4,000 hingga RM 24,000!!!!!!!! Itu tidak termasuk perisian; komputer, printer, flash, lens. Terbaru Olympus melancarkan SLR digitalnya dengan siri E 1 harga hanya body dan lens; RM 8,999. Flash, RM 1,400.

Berbalik soalan sdra, jenama yang ramai digunakan oleh orang biasa dalam kamera digital ialah, Sony dan Canon. Kamera ini mendahului jenama lain kerana selama ini ia telah menguasai pasaran VedioCam justeru ia telah mendahului pasaran dengan mengeluarkan sekali percetakan foto. Tambahan Canon agar terkehadapan dalam teknologi digital lain seperti mesin kira. Begitu juga Sony ia terkehadapan dengan keluarkan vedio kameranya.

Namun jika mahu teknologi kamera buat masa ini semua jenama sedang bersaing. Secara peribadi susah saya nak ramalkan yang mana “the best”. Tapi saya masih berpegang pada prinsip semua digital kamera tidak boleh memberikan kepuasan berkarya kerana ia datang dalam “ready make”.

Dalam satu kamera semua ada. Semua “mood” yang tersedia amat terhad. Katakan anda mahu mood yang lebih “digital compact camera” tidak ada. Jika “digital SLR” kita boleh menukar lens dan apa saja alat tambahannya.

Mampukah kamera digital menguasai dunia Photography?

Ini soalan yang agak global!  Saya tak pasti untuk jangka masa 5 – 10 tahun ini. Sebab jika 20 – 40 tahun lagi mungkin masa tu saya sudah bersara. Begitu juga jika kita bertanya pada seorang tukang masak, “mampukah makanan biotek boleh menukar gaya makanan manusia?” Atau mampukah burger, sosej, nagud, mee, beehun, laksa dan sebagainya menukar selera manusia. Mereka jawab tidak mungkin!! Sebab semua makanan itu mengikut kaedah gaya makanan keluarga kita. Jika amalkan makan mee, mungkin anak-anak 20 tahun akan datang boleh terima. Contoh kita boleh makan tengahari dengan burger. Tapi malam kita cari nasi goreng.

Begitu juga 30 tahun dulu jika anda berbasikal sudah OK! Lepas tu pakai motorsikal. Lagi jauh langkah. Kini kereta; Johor ke Perlis terasa dekat. Kapal terbang? Lagi best.

Jadi, di sini saya bandingkan kenderaan dengan kamera. Jika masa akan datang kamera digital boleh mencepatkan kerja, maka digital akan menguasai dunia moden 20 tahun lagi. Contoh jika 20 tahun dulu foto hitam putih sudah dikira terbaik, maka kini foto warna menguasai dunia fotografi. Lihat saja dalam perang Iraq-Amerika. Dunia boleh melihat apa saja dalam masa tak sampai ½ jam!! Jurufoto tak payah bawa bahan kimia untuk siapkan foto. Namun harus kita faham, fotografi bukan membangun dengan teknologi saja. Fotografi diasaskan oleh kerja-kerja seni. Karyawan seni minat pada kehalusan, kesabaran. Fotografi juga mendidik pada nilai-nilai kemanusiaan, keindahan. Oleh itu konvensional fotografi harus dikekalkan untuk insan-insan begini. Konvensional fotografi masih murah. Apa hal dengan mereka yang susah tapi masih minat dengan fotografi. Hasilnya konvensional fotografilah jawapannya.

Sebab itu di beberapa IPTA/IPTS dalam dan luar negara tetap mengadakan kursus untuk konvensional fotografi. Masih ada majalah yang diterbitkan untuk konvensional fotografi. Namun, teknologi baru perlu dipelajari agar kita tidak tertinggal. Apapun yang terjadi, digital juga menghasilkan foto. Cuma caranya berbeza. Hasilnya sama! Saya mencadangkan jika mahu menggunakan fotografi digital terus menggunakan juga konvensional fotografi kerana kedua-duanya baik untuk pembangunan kreatif insan. Seperti lukisan, walaupun telah wujud perisian yang berbagai dalam bidangnya namun, lukisan cat air, cat minyak, pensil, air berus terus digunakan! Fotografi juga lukisan, tapi ia tetap menggunakan “cahaya” biarpun anda menggunakan teknologi digital.

Penjagaan Kamera Digital:

Kamera digital seperti lain peralatan eletronik. Ia menggunakan 100% teknologi eletronik. Namun cara menjaga kamera digital sama seperti kamera konvensional. Pastikan batteri tidak disimpan dalam kamera terlalu lama. Jangan letak ditempat suhu tinggi. Tempat berdebu perlu dielakkan. Begitu juga tempat lembab. Jika handphone akan rosak jika terjatuh maka kamera digital juga begitu. Simpan dalam bag yang khas untuk kamera agar terselamat dalam sentuhan keras.  

Kamera digital berasaskan teknologi komputer, justeru cara menjaganya sama seperti komputer. Prinsip saya: “jadikan kamera sebagi barangan berharga” oleh itu elakkan kamera itu dipinjam oleh orang lain. Orang yang meminjam mungkin tidak mahir menggunakannya. Maka kemungkinan rosak akan terjadi. Kamera; walapun saja Konvensional atau digital ia adalah sumber kewangan kita maka harus dijaga dengan baik kerana pulangan modal adalah penting.

Dua keping gambar yang menunjukkan kemampuan kamera digital

@RaaiMan D'Sentosa 27.12.2003